Kes pukul doktor: KKM serah panel bebas lakukan siasatan menyeluruh

Dr Dzulkefly. Laporan Sinar Harian berhubung kes pegawai perubatan memukul doktor telah diberi surat teguran
Dr Dzulkefly. Laporan Sinar Harian berhubung kes pegawai perubatan memukul doktor telah diberi surat teguran
A
A
A

TUMPAT - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyerahkan kepada Pasukan Petugas Khas bebas diketuai oleh bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Borhan Dollah untuk menyiasat secara menyeluruh dan sistemik berhubung kes pembantu pegawai perubatan memukul doktor yang berlaku di Hospital Gerik, Perak.

Pada masa sama, sebuah jawatankuasa siasatan khas juga telah ditubuhkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak untuk menyiasat kembali insiden tersebut di peringkat JKN.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, KKM turut menunggu hasil siasatan yang dilakukan oleh pihak polis untuk diteliti sebelum mengambil sebarang keputusan berhubung kes tersebut.

"Kes sebegini jarang berlaku dan ia sama sekali tidak menjejaskan imej KKM," katanya semasa sidang akhbar pada Sabtu.

Beliau sebelum itu menyantuni mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat di sini.

Menurut beliau, siasatan berkait kes tersebut masih berjalan dan semua pihak diminta agar tidak membuat sebarang andaian berkait perkara tersebut yang dibimbangi boleh mengganggu siasatan.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan JKN Perak telah mengeluarkan surat teguran kepada seorang pegawai perubatan yang didakwa memukul seorang doktor lelaki dalam kejadian di Hospital Gerik, Jun lalu.

Pengarah JKN Perak, Dr Feisul Idzwan Mustapha berkata, surat berkenaan telah dihantar kepada lelaki terbabit pada 31 Julai lepas selepas satu siasatan dalaman dijalankan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!