121 fasiliti kesihatan terjejas banjir, 77 di Kelantan

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyantuni kanak-kanak yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Maktab Rendah Sains Mara Tumpat pada Sabtu. Foto Bernama
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyantuni kanak-kanak yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Maktab Rendah Sains Mara Tumpat pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

TUMPAT - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 121 fasiliti kesihatan terjejas di seluruh negara melibatkan kerugian berjumlah RM6.5 juta akibat banjir yang melanda beberapa buah negeri sebelum ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, daripada jumlah itu Kelantan merekodkan jumlah kerosakan tertinggi melibatkan 77 buah fasiliti, diikuti Terengganu (30) dan Kedah (9).

"Negeri-negeri lain yang turut terjejas ialah Negeri Sembilan dan Pahang yang merekodkan dua fasiliti manakala satu di Pahang," katanya ketika sidang akhbar pada Sabtu.

Dr Dzulkefly (kiri) semasa mengadakan lawatan di PPS MRSM Tumpat pada Sabtu.
Dr Dzulkefly (kiri) semasa mengadakan lawatan di PPS MRSM Tumpat pada Sabtu.

Beliau sebelum itu menyantuni mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat di sini.

Menurut beliau, antara fasiliti yang mengalami kerosakan ialah klinik desa, klinik kesihatan, klinik pergigian, pejabat kesihatan daerah dan pintu masuk antarabangsa.

Ujarnya, daripada 121 buah fasiliti itu 56 adalah klinik desa yang teruk terjejas dengan musibah berkenaan.

Dr Dzulkefly memberitahu, sepanjang banjir minggu lalu sebanyak 87 fasiliti kesihatan beroperasi dan 31 telah berpindah perkhidmatan kesihatan ke kawasan alternatif

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, hanya tiga asiliti tidak beroperasi kerana masih dalam proses pembersihan.

"Orang ramai masih boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan di fasiliti kesihatan termasuk fasiliti alternatif seperti biasa," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!