Presiden Korea Selatan mohon maaf tapi enggan letak jawatan

Suk Yeol bagaimanapun masih mahu terus memegang tampuk pemerintahan. Foto Agensi
Suk Yeol bagaimanapun masih mahu terus memegang tampuk pemerintahan. Foto Agensi
A
A
A

SEOUL - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol memohon maaf pada Sabtu atas tindakan terburu-buru beliau mengisytiharkan undang-undang tentera pada Selasa lalu.

Suk Yeol bagaimanapun menolak untuk melepaskan jawatannya meskipun pemimpin itu berdepan desakan banyak pihak untuk berbuat demikian.

“Keputusan terdesak saya telah mencetuskan kebimbangan dan kesulitan kepada banyak pihak,” katanya menerusi ucapan disiarkan stesen TV yang merupakan kemunculan pertama sejak beliau menjerumuskan negara itu dalam situasi huru-hara selama enam jam.

Ketika ini, puak pembangkang dan beberapa anggota utama Parti Kuasa Rakyat (PPP) pimpinannya telah menggesa pengunduran beliau.

Difahamkan, Parlimen dijadualkan mengundi usul pemecatan Suk Yeol ketika penunjuk perasaan mula membanjiri pekarangan bangunan Perhimpunan Kebangsaan di ibu kota.

Nasib Suk Yeol terus menjadi tanda tanya memandangkan blok pembangkang memegang 192 kerusi berbanding PPP hanya 108 kerusi di Parlimen.

Pihak berkuasa juga telah melancarkan siasatan ke atas Suk Yeol dan beberapa individu lain atas dakwaan melakukan pemberontakan. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!