'Shapawi miliki banyak pengalaman bidang sukan' - Hannah Yeoh

Laporan Sukan Sinar pada Ahad. Gambar kecil: Hannah Yeoh
Laporan Sukan Sinar pada Ahad. Gambar kecil: Hannah Yeoh
A
A
A

"KALAU ini platform beliau (Datuk Ahmad Shapawi Ismail) pilih, saya ucapkan selamat maju jaya,”

Itu reaksi Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ketika menjawab pertanyaan mengenai hasrat bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) bertanding merebut jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).

“Tetapi pemilihan ini terpulang kepada ahli MPM. Mereka kena buat pemilihan dan keputusan sendiri.

"Cuma yang saya harapkan, pertandingan berjalan dalam persekitaran sihat kerana pembangunan atlet para sangat bergantung kepada kepimpinan MPM,” kata Hannah ketika ditemui selepas majlis Perasmian Kejohanan MyLadies Esports 2024 pada Sabtu.

Mengulas lanjut Hannah berkata, dia tidak terbabit dalam pertandingan dalam Majlis Olimpik Malaysia (MOM) ataupun MPM.

“Saya hanya boleh komen mengenai Datuk Shapawi yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang sukan.

“Selepas bersara, sebenarnya ada banyak tawaran untuk beliau berkhidmat dalam penganjuran sukan, kejohanan dan acara. Tapi saya tahu Datuk Shapawi, beliau sangat memilih (mengenai) platform mana yang beliau nak teruskan,” katanya.

Sebagai rekod, Shapawi yang mendapat sokongan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Persatuan Kanu Malaysia (MASCA) mengesahkan akan bertanding merebut jawatan Presiden MPM dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk sukan para itu pada 14 Disember ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!