Selepas 5 kereta mewah tenggelam, penduduk enggan rugi lebih besar

Muka depan Sinar Ahad.
Muka depan Sinar Ahad.
A
A
A

IPOH - Luruan monsun dijangka bermula Ahad yang berpotensi membawa hujan lebat berterusan menyebabkan penduduk lebih berjaga-jaga menghadapi banjir.

Kejadian banjir di beberapa daerah di Perak, Ahad lalu, berikutan hujan berterusan lebih 20 jam menyebabkan penduduk serik untuk menghadapi gelombang kedua banjir.

Penduduk, Datuk Amaluddin Mohd Ismail berkata, keluarganya mengalami kerugian ratusan ribu ringgit apabila lima kenderaan mewah miliknya ditenggelami air dalam kejadian di Arena Kepayang Putra dekat Fair Park.

Menurut ahli perniagaan itu, tidak mahu mengalami kerugian lebih besar dia telah melakukan persediaan rapi dengan menjadikan premisnya sebagai penginapan untuk keluarganya.

“Pertama kali berhadapan banjir menyebabkan anak dan isteri trauma, bimbang rumah dinaiki air. Apabila tahu gelombang kedua, kami pilih untuk tinggal di kedai sepanjang tempoh tersebut.

“Hanya cara itu boleh dilakukan bagi meringankan beban kerajaan dan pasukan penyelamat. Saya bercadang untuk memasang alat penggera jika air melepasi paras tertentu,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagi Muhammad Asnawi Ahmad Murad, 24, keluarganya sudah lima kali berhadapan banjir hinggakan rumah yang baru siap dibina Julai lalu, belum sempat diduduki.

“Kami telah buat benteng di sekeliling rumah namun ia tidak dapat menghalang air, jadi kami pilih untuk pindah ke rumah kedai untuk berlindung sementara waktu.

Artikel Berkaitan:

“Kami mengharapkan agar tebing Sungai Pelus, Lasah dekat Sungai Siput dapat ditinggikan supaya tiada lagi penduduk berhadapan banjir teruk,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Air Mati, Zailan Mohamed @ Md Rawi berkata, penduduk telah diberikan taklimat mengenai gelombang kedua ini dan bersiap sedia berhadapan dengan hujan kali ini.

“Kejadian banjir kilat minggu menyebabkan hakisan tebing Sungai Kinta. Jadi kita bimbang apabila hujan kali ini menyebabkan tebing pecah dan penduduk berhadapan banjir lebih teruk,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!