Darchayani ungguli Konvokesyen Universiti Perdana 2024

Darchayani (dua dari kanan) bersama bapanya Ganesan, 62 (kanan) dan ibu, Samthiraleka, 56 (tiga dari kanan) serta keluarga pada Majlis Konvokesyen Ke-7 Universiti Perdana 2024.
Darchayani (dua dari kanan) bersama bapanya Ganesan, 62 (kanan) dan ibu, Samthiraleka, 56 (tiga dari kanan) serta keluarga pada Majlis Konvokesyen Ke-7 Universiti Perdana 2024.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Penerima Anugerah Naib Cancelor, Universiti Perdana 2024, Darchayani Ganesan, 24, mengakui hampir berputus asa meneruskan pengajian dalam bidang perubatan semasa pandemik Covid-19.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perubatan dengan kelas pertama kepujian itu mengakui pernah membuat keputusan tidak mahu meneruskan pengajian kerana berasa tidak selesa belajar secara dalam talian.

“Memang susah nak faham belajar dalam talian mengenai perubatan, tidak jumpa rakan dan sukar hendak rujuk jika tidak faham.

“Namun atas nasihat pensyarah dan sokongan ibu bapa, saya cekalkan hati teruskan pengajian hingga tamat,” katanya ketika ditemui Sinar Ahad. Kesungguhan anak kelahiran Puchong, Selangor itu meneruskan pengajian membuahkan hasil apabila dia mencatat sejarah sebagai penuntut pertama yang membolot lapan anugerah dalam satu majlis konvokesyen.

Antara anugerah yang diperoleh Darchayani ialah Intermidiate Cycle Award dan Senior Cylcle Award menerusi bahagian perubatan keluarga, psikiatri, pembedahan dan patologi.

“Sekarang sudah tiga bulan saya berkhidmat di Hospital Serdang dan ia merupakan perjalanan baharu dalam hidup saya,” kata anak bongsu daripada dua beradik itu.

Darchayani bolot lapan anugerah pada Majlis Konvokesyen Ke-7 Universiti Perdana 2024.
Darchayani bolot lapan anugerah pada Majlis Konvokesyen Ke-7 Universiti Perdana 2024.

Sementara itu, Anugerah Canselor menjadi milik Judianna Shalini Kelechi Nnaji yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Terapi Cara Kerja dengan kepujian.

Artikel Berkaitan:

Seramai 158 graduan diraikan pada Majlis Konvokesyen ke-7 Universiti Perdana 2024 yang berlangsung di DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside pada Sabtu.

Canselor Universiti Perdana, Tan Sri Dr Suleiman Mohamed dalam ucapannya menyeru graduan untuk menerapkan nilai integriti, semangat kebersamaan dan daya juang tinggi untuk meraih kecemerlangan dalam perjalanan kerjaya mereka.

Majlis berkenaan juga mencatat sejarah sebagai penutup program kolaborasi bersama Royal College of Surgeons in Ireland (PU-RCSI) dan National University of Ireland yang melahirkan ramai pakar perubatan sejak penubuhannya pada 2011.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!