PATI dicekup seberang Sungai Golok melalui pemantauan dron

Tindakan seorang warga tempatan dan empat PATI menyeberangi Sungai Golok menggunakan laluan tidak sah mengundang padah selepas dicekup oleh Batalion 9 PGA Kuala Terengganu semasa pemantauan melalui dron di pangkalan haram Abe Yie, Rantau Panjang pada Sabtu. Foto PGA
Tindakan seorang warga tempatan dan empat PATI menyeberangi Sungai Golok menggunakan laluan tidak sah mengundang padah selepas dicekup oleh Batalion 9 PGA Kuala Terengganu semasa pemantauan melalui dron di pangkalan haram Abe Yie, Rantau Panjang pada Sabtu. Foto PGA
A
A
A

RANTAU PANJANG - Tindakan seorang warga tempatan dan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) menyeberangi Sungai Golok menggunakan laluan tidak sah mengundang padah selepas dicekup oleh Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu semasa pemantauan melalui dron di pangkalan haram Abe Yie di sini pada Sabtu.

Kelima-lima suspek terbabit dikesan berbuat demikian kira-kira jam 9.45 malam oleh Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, semasa pemantauan melalui dron dilakukan pihaknya ternampak tiga orang lelaki, seorang wanita dan kanak-kanak (1) berada dalam keadaan mencurigakan di pangkalan haram terbabit.

"Semasa ditahan mereka cuba melarikan diri namun berjaya diberkas dan hasil pemeriksaan mendapati salah seorang daripadanya adalah warga tempatan.

"Empat lagi merupakan warganegara Thailand dan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah," katanya kepada pemberita pada Ahad.

Menurutnya, kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 dan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan PATI dari terus berleluasa di sempadan negara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!