Remaja perempuan 17 tahun ditahan bersama dadah RM60,000

Seorang remaja perempuan dan rakan lelakinya ditahan bersama dadah pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM60,000 dalam dua serbuan pada Jumaat lalu. Gambar hiasan. Gambar kecil: Hasbullah
Seorang remaja perempuan dan rakan lelakinya ditahan bersama dadah pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM60,000 dalam dua serbuan pada Jumaat lalu. Gambar hiasan. Gambar kecil: Hasbullah
A
A
A

MANJUNG - Seorang remaja perempuan dan rakan lelakinya ditahan bersama dadah pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM60,000 dalam dua serbuan di sini Jumaat lalu.

Kedua-dua suspek berusia 17 dan 47 tahun itu dikesan polis dalam keadaan mencurigakan semasa pemeriksaan dijalankan di kawasan kebun sawit di Ayer Tawar sekitar jam 12.10 malam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, pemeriksaan ke atas beg plastik yang dipegang suspek menjumpai satu peket lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin dengan anggaran berat 450 gram dan lima peket plastik disyaki dadah jenis methamphetamine seberat 103 gram.

"Suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung untuk siasatan lanjut.

"Hasil siasatan dijalankan kemudiannya membawa kepada serbuan ke atas sebuah rumah di Kampung Pundut dekat Lumut.

"Dalam pemeriksaan itu, polis berjaya merampas dadah jenis methamphetamine seberat 254 gram dan heroin 149 gram," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata, serbuan terbabit menjadikan keseluruhan dadah yang berjaya dirampas adalah 958 gram bernilai lebih RM60,000.

Katanya, polis turut menyita kenderaan jenis Proton Saga FLX, sebuah motosikal skuter Avatiz serta wang tunai dengan keseluruhan bernilai RM14,2000.

Artikel Berkaitan:

"Saringan awal air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah jenis mop dan methamphetamine.

"Mereka telah direman selama tujuh hari bagi siasatan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!