Lari sambil pakai baju Melayu, bertanjak dan baju kurung

Sebahagian peserta juga merupakan kakitangan Encorp bergambar bersama sebelum menyertai larian Encorp Klasik Run 2024 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Sebahagian peserta juga merupakan kakitangan Encorp bergambar bersama sebelum menyertai larian Encorp Klasik Run 2024 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
A
A
A

SHAH ALAM - Trend peserta maraton berpakaian unik tidak asing lagi dalam kalangan peminat serta penganjur sukan larian jarak dekat di negara ini dan sentiasa mendapat perhatian masyarakat.

Encorp Klasik Run 2024 turut menampilkan kelainan itu apabila sebahagian 3,000 peserta larian sejauh lima kilometer lengkap berbaju Melayu dan bertanjak manakala peserta wanita berbaju kurung Kedah.

Rata-rata peserta ditemui menyifatkan aktiviti itu menyihatkan badan dan dapat beriadah bersama rakan serta keluarga selain dapat menonjolkan nilai sejarah dan budaya masyarakat.

Peserta larian mendengar taklimat dari urusetia sebelum majlis perlepasan disempurnakan Mohd Fauzi.
Peserta larian mendengar taklimat dari urusetia sebelum majlis perlepasan disempurnakan Mohd Fauzi.

Seorang peserta, Datin Norsyela Jaafar, 47, berkata, keharmonian yang terbentuk dalam kalangan masyarakat sejak sekian lama juga dapat diperkukuhkan menerusi aktiviti larian santai sejauh lima kilometer itu.

"Ia juga menjadi kenangan indah tambahan pula ia merupakan penganjuran maraton pertama Encorp dengan kerjasama oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)," ujarnya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, perlepasan Encorp Klasik Run 2024 dianjurkan sempena Hari Tanpa Kenderaan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada Ahad itu disempurnakan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim.

Hadir sama, Ketua Kewangan Eksekutif Kumpulan Encorp, Kamarul Azman Kamarozaman@ Amir.

Artikel Berkaitan:

Seorang lagi peserta, Nordin Muhamad, 41, berkata, dia turut bertanjak dan berbaju Melayu serta berlari bersama rakan-rakan pada program tersebut.

“Ia juga menjadi kebanggaan buat saya kerana ini merupakan kali pertama saya berpakaian begini, lengkap berbaju Melayu, bertanjak dan berlari sejauh lima kilometer bersama peserta lain," ujarnya

Turut mencuri tumpuan adalah Muhammad Hafni Shauqi, 32, yang mengenakan tanjak dan berbaju Melayu Johor.

“Saya tertarik untuk menyertai larian anjuran Encorp ini kerana temanya dan pakaian ini menjadi kebanggaan masyarakat Melayu,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!