12 korban banjir gelombang pertama

Ayob Khan (dua, kanan) mendengar penerangan daripada Mohd Yusoff (kanan) berkaitan kawasan terjejas banjir ketika mengadakan lawatan ke Balai Polis Repek pada Ahad. Foto Bernama
Ayob Khan (dua, kanan) mendengar penerangan daripada Mohd Yusoff (kanan) berkaitan kawasan terjejas banjir ketika mengadakan lawatan ke Balai Polis Repek pada Ahad. Foto Bernama
A
A
A

PASIR MAS - [DIKEMAS KINI] Banjir gelombang pertama kali ini telah mengorbankan 12 nyawa di seluruh negara.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Kelantan merekodkan korban tertinggi iaitu lima mangsa, diikuti Kedah dan Terengganu masing-masing tiga.

"Sementara di Sarawak hanya seorang mangsa. Kesemua mereka ini berusia antara 2 hingga 78 tahun.

"Kematian ini direkodkan bermula 19 September hingga Ahad.

"Hari ini (Ahad) jumlah mangsa banjir di beberapa negeri juga sudah semakin berkurangan.

"Lawatan dua hari saya ke Kelantan adalah bagi melihat kesan banjir dan melawat balai polis yang tenggelam baru-baru ini," katanya semasa sidang akhbar di Balai Polis Repek di sini pada Ahad.

Sebelum itu beliau turun padang meninjau situasi banjir di negeri ini dan turut sama ialah Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Menurut beliau, untuk gelombang kedua yang dijangka melanda dalam masa terdekat, Pasukan Tindakan Bencana (DRT) sudah berada dalam keadaan bersiap sedia.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, Markas taktikal Pasukan Gerakan Am (PGA) yang sebelum ini terjejas banjir juga telah bersiap sedia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!