Wanita lumpuh selepas jalani rawatan kiropraktik

Caitlin Jensen mengalami lumpuh seluruh badan selepas menjalani rawatan kiropraktik atau rawatan alternatif. Agensi
Caitlin Jensen mengalami lumpuh seluruh badan selepas menjalani rawatan kiropraktik atau rawatan alternatif. Agensi
A
A
A

NEW YORK - Seorang wanita lumpuh dan tidak lagi mampu bercakap selepas menjalani rawatan kiropraktik atau perubatan alternatif bagi memperbetulkan kedudukan lehernya.

Mangsa, Caitlin Jensen, 29, dari Georgia mengalami kerosakan serius di empat arteri lehernya semasa rawatan tersebut sehingga menyebabkan serangan jantung, strok dan kecederaan otak traumatik.

Wanita itu terpaksa menjalani pembedahan di empat arteri lehernya oleh pakar kiropraktik di Savannah pada 16 Jun 2023.

Selepas berminggu-minggu menjalani rawatan di Memorial Health di Savannah, graduan dari Universiti Selatan Georgia dipindahkan ke Shepherd Center di Atlanta di mana dia menjalani terapi pertuturan, fizikal dan rekreasi.

Kisah beliau mendapat perhatian saluran YouTube popular, Zack D Films yang menampilkan perjalanannya penuh emosi dan fakta mengejutkan yang menimpa wanita tersebut.

Ibu mangsa, Darlene Jensen yang berkongsi cerita mengenai perkembangan anaknya menceritakan Caitlin telah menunjukkan sedikit perkembangan termasuk menggerakkan kaki dan tangan kirinya serta memberikan isyarat ibu jari.

Dalam laporan LADbible 2023, menyatakan Caitlin dibenarkan pulang ke rumah selepas menjalani rawatan intensif selama lapan bulan. Dia kini menunjukkan pencapaian luar biasa termasuk menggerakkan kaki, tangan dan kepalanya.

Pasukan perubatan menganggap perkembangan ini sebagai mengagumkan. Namun, keluarganya masih memberikan perhatian penuh kepadanya.

Artikel Berkaitan:

Kisah ini menyentuh hati netizen dan perbincangan hangat mengenai risiko rawatan kiropraktik.

Walaupun doktor menyatakan komplikasi ini jarang berlaku, Darlene menasihatkan masyarakat lebih berhati-hati dan menyedari risikonya. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!