Lelaki jatuh laut ditemukan meninggal dunia

Seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam laut di perairan Pulau Pinang ditemukan meninggal dunia hari ini. Foto hiasan
Seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam laut di perairan Pulau Pinang ditemukan meninggal dunia hari ini. Foto hiasan
A
A
A

GEORGE TOWN - Seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika melakukan aktiviti perikanan di perairan Pulau Pinang petang semalam, ditemukan meninggal dunia hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, Kepten Razali Kasim berkata, mayat lelaki berusia 27 tahun itu ditemukan pasukan penyelamat kira-kira 1.57 tengah hari tadi.

Beliau berkata, APMM menggerakkan bot peronda kira-kira 5.35 petang semalam untuk mencari dan menyelamat mangsa selepas menerima maklumat melalui Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Langkawi berkaitan seorang lelaki tempatan yang jatuh laut sewaktu melakukan aktiviti perikanan, sekitar 5 petang.

“Operasi pencarian diteruskan hari ini dengan menambah bilangan bot yang turut melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta dua bot nelayan tempatan.

“Mayat mangsa dijumpai terapung di sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang dengan jarak keseluruhan kawasan pencarian 7.35 batu nautika persegi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat lelaki itu telah disahkan oleh warisnya di tempat kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!