Putrajaya dilanda banjir kilat, beberapa kenderaan tenggelam

Beberapa kenderaan ditenggelami air dalam kejadian banjir kilat di Putrajaya pada Ahad.
Beberapa kenderaan ditenggelami air dalam kejadian banjir kilat di Putrajaya pada Ahad.
A
A
A

PUTRAJAYA - Beberapa kenderaan ditenggelami air di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Putrajaya, Presint 11 di sini susulan banjir kilat pada Ahad.

Menerusi satu video yang dimuat naik di Facebook memaparkan kejadian banjir kilat itu yang dipercayai berlaku susulan hujan lebat di kawasan Putrajaya sejak beberapa jam lalu.

Tangkap layar video memaparkan kejadian banjir kilat yang berlaku pada Ahad.
Tangkap layar video memaparkan kejadian banjir kilat yang berlaku pada Ahad.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian banjir kilat itu berlaku kira-kira jam 4.50 petang.

Anggota polis dan bomba melakukan pemantauan di lokasi yang dilaporkan mengalami banjir kilat di Presint 11, Putrajaya pada Ahad.
Anggota polis dan bomba melakukan pemantauan di lokasi yang dilaporkan mengalami banjir kilat di Presint 11, Putrajaya pada Ahad.

"Situasi berada dalam keadaan terkawal dan air telah dilaporkan surut sepenuhnya.

"Setakat ini pihak polis masih belum menerima laporan daripada pemilik-pemilik kenderaan yang ditenggelami air," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Keadaan di lokasi selepas banjir surut.
Keadaan di lokasi selepas banjir surut.

Katanya, penduduk Putrajaya diingatkan supaya memastikan kenderaan diletakkan di kawasan selamat dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

"Orang ramai dinasihatkan agar meletakkan kenderaan di tempat yang tidak berisiko banjir.

"Dalam masa sama sentiasa memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan berhati-hati ketika memandu," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!