Konflik lebih mencabar jika kumpulan Islam pimpin Syria - Dr Muhammad Khalil

Pemberontak diketuai Hayat Tahrir al-Sham (HTS) kini menguasai ibu kota Syria dalam tempoh 11 hari setelah melancarkan serangan mengejut pada 27 November lalu. Foto AFP. (Gambar kecil: Dr Muhammad Khalil)
Pemberontak diketuai Hayat Tahrir al-Sham (HTS) kini menguasai ibu kota Syria dalam tempoh 11 hari setelah melancarkan serangan mengejut pada 27 November lalu. Foto AFP. (Gambar kecil: Dr Muhammad Khalil)
A
A
A

SHAH ALAM - Kejayaan pembangkang Syria menguasai ibu negara Damsyik dijangka akan membawa kepada situasi yang lebih mencabar apatah lagi jika tampuk pemerintahan negara itu dipimpin oleh kepimpinan Islam.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, ini kerana timbul persoalan sama ada Amerika Syarikat dan Zionis Israel akan berdiam diri jika kumpulan Islam memimpin Syria.

"Selain itu, adakah kepimpinan Islam Syria itu akan membiarkan pengkala tentera Amerika Syarikat terus bertapak di Syria atau bagaimana?

"Kita tunggu episod berikutnya yang lebih mencabar. Semoga ALLAH memelihara bumi Syam ( Syria ) dan mudah-mudahan perkembangan yang berlaku ini lebih baik untuk masa depan umat Islam khususnya ke arah pembebasan Baitul Maqdis," katanya menerusi laman Facebook pada Ahad.

Sebelum ini, pemberontak diketuai Hayat Tahrir al-Sham (HTS) kini menguasai ibu kota Syria dalam tempoh 11 hari setelah melancarkan serangan mengejut pada 27 November lalu.

Kejatuhan Assad turut diraikan penduduk yang berhimpun dan berarak di ibu kota.

Sejak 2018, ia merupakan kali pertama puak penentang Assad mara ke Damsyik setelah tentera kerajaan merampas semula kawasan pinggir ibu kota tersebut yang dikepung selama bertahun-tahun susulan perang saudara yang berlarutan di negara itu.

Tambah Dr Muhammad Khalil, perkembangan luar jangka ini mengejutkan barat.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, sedangkan barat mahu Syria terus bergolak supaya mereka boleh terus mencatur keadaan demi maslahah khususnya keselamatan Israel.

"Terbukti wujudnya persefahaman antara Turkiye, Iran dan Rusia apabila tentera Basyar al-Asad tidak menentang bahkan juga Rusia dan Iran seolah-olah membuka jalan kepada kumpulan pembangkang untuk terus mara

"Ia bagi mengelak pertumpahan darah dan berlakunya proses peralihan kuasa dengan tenang. Majoriti kumpulan memimpin operasi ini adalah berlatar belakangkan Islam yang didokong oleh Turkiye

"Apa yang pasti Turkiye yang paling beruntung daripada perkembangan ini kerana meringankan beban politik dalamannya iaitu ribuan pelarian Syria akan dapat pulang ke tanahair mereka," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!