[VIDEO] Dron jadi ‘mata di udara’ kawal sempadan negara

A
A
A

SHAH ALAM - Dron terbukti mampu menjadi ‘mata ketiga’ kepada penguat kuasa dalam membantu mengawal sempadan negara termasuk pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Penganalisis pertahanan, Zaki Salleh berkata, kejayaan penggunaan dron dalam membantu pihak berkuasa mencekup PATI menyeberang Sungai Golok perlu diperluas khususnya di kawasan kritikal atau titik buta.

Zaki (kiri) berkata kejayaan penggunaan dron dalam membantu pihak berkuasa mencekup PATI menyeberang Sungai Golok perlu diperluas khususnya di kawasan kritikal atau titik buta.
Zaki (kiri) berkata kejayaan penggunaan dron dalam membantu pihak berkuasa mencekup PATI menyeberang Sungai Golok perlu diperluas khususnya di kawasan kritikal atau titik buta.

“Kegunaan dron bukan hanya sebagai ‘mata di udara dari langit’ semata, sebaliknya ia juga memudahkan kawalan sempadan tanpa memerlukan penambahan anggota.

“Dengan maklumat risikan yang baik misalnya, pihak keselamatan lebih mudah melakukan tinjauan atau rondaan dari udara dengan dron.

“Ia (dron) melengkapi tugas pengawasan di darat kerana kawasan yang sukar untuk dilalui anggota boleh dilaksanakan secara kawalan dari jauh,” katanya ketika dihubungi kepada Sinar Harian di sini pada Ahad.

Lokasi pangkalan haram di Sungai Golok.
Lokasi pangkalan haram di Sungai Golok.

Menurut Zaki, penggunaan dron canggih merupakan salah satu aspek yang menyumbang kepada kejayaan mengawal sempadan negara daripada diceroboh.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, sistem dron yang diguna pakai memainkan peranan dalam keselamatan dan pertahanan negara.

“Sebagai contoh, kalau mahu mengawal sempadan negara pada waktu malam, kita memerlukan dron berteknologi tinggi iaitu keupayaan zum, kamera visual beresolusi tinggi dengan paparan imej pada waktu malam yang jelas,” ujarnya.

Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan cubaan empat PATI warga Thailand memasuki negara ini dengan menyeberangi Sungai Golok menggunakan laluan tidak sah di pangkalan haram Abe Yie, Rantau Panjang gagal apabila pergerakan mereka berjaya dikesan Unit Dron Pasukan Gerakan Udaran Bukit Aman pada jam 9.45 malam, Sabtu.

Kesemua PATI berusia antara enam hingga 43 tahun termasuk seorang warga tempatan berusia 50 tahun yang cuba melarikan diri itu kemudian berjaya ditahan Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu.

Dalam masa sama, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, PGA Senoi Praaq akan memulakan tugas mengawal Sungai Golok bermula dari Tumpat ke Rantau Panjang bermula 1 Januari ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!