Vardy pacu Leicester bangkit ikat Brighton

Vardy. Foto Agensi
Vardy. Foto Agensi
A
A
A

LEICESTER City bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat Brighton & Hove Albion, 2-2 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung di Stadium King Power.

Dua gol dihasilkan kapten Jamie Vardy, 37, (m-86) dan pemain gantian bahagian sayap, Bobby De Cordova-Reid, 31, (m-91) memadamkan pendahuluan Tariq Lamptey, 24, (m-37) dan Yankuba Minteh, 20, (m-79).

Keputusan itu menyaksikan The Foxe kendalian pengendali baharu, Ruud van Nistelrooy membawa pulang satu mata juga mata keempat setelah mengemudikan kelab itu menang 3-1 ke atas West Ham United, 4 Disember lalu.

Sementara itu, van Nistelrooy mengakui kebangkitan Leicester menentang Brighton tidak mungkin berlaku tanpa Vardy.

“Sekiranya anda berada dalam senarai jaringan dan membuat hantaran, maka anda perlu mengatakan keputusan dalam perlawanan ini tidak akan dapat dicapai tanpa dia.

“Ia juga manifestasi kepada prestasi keseluruhan pasukan, dan sudah tentu ia yang meletakkan dia dalam senarai penjaring dalam perlawanan ini.

“Saya menikmati keseluruhan rentetan yang membawa kepada gol. Itulah sebabnya kami sebagai satu pasukan meletakkannya dalam kedudukan di sana. Kami mahu pemain ini yang boleh membuat perubahan untuk pasukan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!