Selepas 27 tahun, impian miliki rumah sendiri tercapai

Al-Sultan Abdullah menyerahkan replika kunci Ru'Rasa kepada Suzaini (dua dari kanan) dalam majlis tersebut.
Al-Sultan Abdullah menyerahkan replika kunci Ru'Rasa kepada Suzaini (dua dari kanan) dalam majlis tersebut.
A
A
A

TEMERLOH - Selepas 27 tahun, impian seorang ibu tunggal, Suzaini Bachik, dari Kampung Bukit Lada di sini memiliki rumah sendiri tercapai menerusi program Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru'Rasa) yang bernilai RM75,000.

Ibu kepada lima cahaya mata itu antara penerima bertuah di daerah ini yang disampaikan sendiri oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di sini pada Isnin.

Menurutnya, selama ini, dia tinggal di rumah pusaka keluarga dan rumah tersebut memberikan wajah baharu dan kegembiraan buat mereka sekeluarga.

"Saya rasa bangga, bersyukur kerana mendapat kurniaan ini dan bersyukur sebab penantian sekian lama akhirnya dapat memiliki rumah atas nama sendiri.

"Pemberian rumah ini juga tepat pada masanya dalam musim hujan sebegini kerana keadaan rumah yang ada telah rosak akibat ribut pada Mei tahun lepas," katanya.

Suri rumah itu antara dua penerima Ru'Rasa yang menerima replika kunci yang disampaikan oleh Al-Sultan Abdullah di Projek Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Bukit Lada di sini pada Isnin.

Turut menerima replika kunci rumah terbabit Shahbuddin Md Rashid, 57 di Kampung Benom.

Jelasnya, rumah tersebut akan diduduki bersama anak bongsu dan cucunya selepas ini.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian pada 25 Mei tahun lepas, rumah yang diduduki Suzaini di Kampung Bukit Lada bersama anak dan menantunya dilanda ribut kira-kira jam 5.30 petang menyebabkan kerosakan pada bumbung rumah terbabit.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!