Mental, fizikal taruhan bomba

Anggota Balai Bomba Pasir Mas semasa sesi latihan kawad mahir pembiasaan pemakaian alat pernafasan (BA).
Anggota Balai Bomba Pasir Mas semasa sesi latihan kawad mahir pembiasaan pemakaian alat pernafasan (BA).
A
A
A

PASIR MAS - Tahap kesiapsiagaan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas terus diperkasakan menerusi pelbagai bentuk latihan yang dirangka bagi memastikan mental dan fizikal berada pada tahap terbaik.

Ketua Balai, Penguasa Bomba Mohd Nazri Ab Wahab berkata, ini bagi memastikan mereka mampu berdepan sebarang kemungkinan ketika menjalankan tugas.

"Saya akui, tugas sebagai anggota bomba ketika ini cukup mencabar dan memerlukan komitmen yang tinggi.

"Sebab itulah, pelbagai sesi latihan rutin telah dirangka bagi memastikan anggota bomba mampu menggalas tugas dengan sebaik mungkin," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi latihan kawad mahir pembiasaan pemakaian alat pernafasan (BA) di sini semalam.

Seramai sembilan pegawai menyertai latihan tersebut berjaya menamatkan tugasan yang diberikan dengan baik.

Mohd Nazri (kanan) menunjukkan cara pemakaian BA dengan betul semasa sesi latihan.
Mohd Nazri (kanan) menunjukkan cara pemakaian BA dengan betul semasa sesi latihan.

Menurutnya, kedua-dua aspek itu sentiasa dititik beratkan oleh bomba bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat berada pada tahap terbaik.

Artikel Berkaitan:

Mengulas mengenai latihan itu, Mohd Nazri berkata, latihan itu bertujuan memastikan pegawai sentiasa bersedia dan cergas untuk menghadapi apa jua situasi.

Katanya, latihan itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa bomba sentiasa komited dalam menjalankan tugas.

Mohd Nazri berkata, ia bertepatan dengan saranan jabatan yang menuntut anggotanya untuk menjalankan tugas dan amanah yang telah diberikan dengan sebaik mungkin.

"Alhamdulillah, kesemua mereka yang menyertai latihan ini mampu melaksanakan tugas ini dengan sebaik mungkin.

"Saya harap, apa yang dipelajari sepanjang sesi latihan tersebut dapat dimanfaatkan ketika menjalankan tugas nanti," katanya.

Mohd Nazri berkata, latihan itu juga turut bertujuan meningkatkan kualiti kerja yang dihasilkan oleh pasukan bomba.

Katanya, kualiti kerja yang baik ini mampu menjadikan bomba sebagai sebuah pasukan yang profesional didalam aktiviti penyelamatan.