Fouziah Gous sanggup redah banjir di Kelantan demi bantu penduduk

Fouziah Gous sanggup meredah banjir demi menyalurkan bantuan kepada penduduk kampung di Kelantan yang masih terjejas.
Fouziah Gous sanggup meredah banjir demi menyalurkan bantuan kepada penduduk kampung di Kelantan yang masih terjejas.
A
A
A

PELAKON dan usahawan terkenal, Datin Fouziah Gous sanggup meredah banjir demi menyalurkan bantuan kepada penduduk kampung di Kelantan yang masih terjejas.

Hadir bersama pasukan yang digelar Tengkujuh Ranger Rauhah, Fouziah, 41, memaklumkan sasaran mereka adalah menyampaikan barangan keperluan kepada penduduk yang dikenal pasti tidak mendapat bantuan.

"Untuk misi hari pertama pada Ahad, kami berjaya salurkan bantuan kepada penduduk di Kampung Naga Ibu, Kampung Sawa Luar, Kampung Sawa Dalam dan Kampung Kuala Jambu di Tumpat.

"Tidak banyak mana sumbangan jika hendak dibandingkan dengan kesengsaraan mereka yang ditimpa bencana. Sedikit sumbangan dari segi barangan keperluan asas, makanan, pakaian, tuala wanita, pampers anak anak, tuala, pakaian dalam wanita dan sedikit wang tunai.

"Kami tidak mampu mengubati duka mereka, tetapi tinggi harapan untuk mengukir sedikit senyuman di raut wajah mereka," kongsinya menerusi hantaran di Instagram.

Tambah Fouziah, bagi hari kedua misi bantuan, mereka meneruskan menghantar bantuan ke Kampung Kok Kiak, Kampungg Limau Nipis dan Kampung Ayer Merah di Machang yang teruk terjejas akibat banjir.

Fouziah turut menyantuni penduduk yang terlibat dengan banjir.
Fouziah turut menyantuni penduduk yang terlibat dengan banjir.

“Kalau boleh kami ingin memastikan lori yang membawa barangan sumbangan tidak akan membawa pulang apa-apa kerana kami ingin pastikan setiap sumbangan dapat sampai dengan selamat kepada mangsa.

Artikel Berkaitan:

"Walaupun perancangan dibuat pada saat akhir iaitu selama dua hari, tetapi alhamdulillah ALLAH permudahkan segala urusan,” ujarnya.

Dalam masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu turut berkongsi beberapa klip pengagihan bantuan kepada 149 buah keluarga terjejas.

Antara barangan keperluan asas seperti makanan, pakaian, tuala wanita, lampin kanak-kanak, tuala, pakaian dalam wanita dan wang tunai.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!