MPAG tangkap 14 ekor lembu merayau

Sebahagian lembu yang ditangkap dalam Operasi Ternakan Berkeliaran di Jalan Utama Kampung Bukit Bulat-Menggong, Alor Gajah.
Sebahagian lembu yang ditangkap dalam Operasi Ternakan Berkeliaran di Jalan Utama Kampung Bukit Bulat-Menggong, Alor Gajah.
A
A
A

ALOR GAJAH - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengeluarkan 14 kompaun bernilai RM14,000 terhadap penternak lembu yang membiarkan haiwan ternakan mereka berkeliaran di kawasan awam.

Yang Dipertua MPAG, TPr Saifuddin Abdul Karim berkata, kompaun berkenaan dikeluarkan menerusi Operasi Ternakan Berkeliaran di Jalan Utama Kampung Bukit Bulat-Menggong termasuk jalan raya di daerah ini hingga mengundang pelbagai masalah termasuk kemalangan.

"Menerusi operasi yang dilaksanakan baru-baru ini kita berjaya menangkap lembu-lembu yang berkeliaran tanpa pengawasan khasnya di kawasan awam.

"Ia susulan aduan yang kita terima dan situasi ini jika dibiarkan tanpa sebarang tindakan boleh menimbulkan kacau ganggu kepada persekitaran termasuk memakan dan merosakkan tanaman penduduk serta risiko berlakunya kemalangan jalan raya," katanya kepada Sinar Harian di sini, pada Isnin.

Tambahnya, operasi bermula jam 12 malam hingga 8 pagi itu dijalankan dengan kekuatan seramai sembilan penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dan seorang penyelia operasi.

Menurutnya, penternak atau pemilik yang mahu menuntut semua haiwan yang disita perlu menyelesaikan bayaran kompaun bernilai RM1,000 untuk setiap seekor ternakan.

"Pemilik ternakan juga dinasihatkan agar memastikan ternakan tidak berkeliaran dan sentiasa di kandang bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!