Menang Pengarah Terbaik FFM33 jadi pemangkin semangat buat Nik Amir

Nik Amir
Nik Amir
A
A
A

PENGARAH Terbaik Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33), Nik Amir Mustapha berkata, dia tidak menjangkakan filem arahannya, Imaginur akan dipilih sebagai Filem Terbaik.

Ujar Nik Amir, 39, dia bersama penulis skrip Imaginur, Redza Minhat hanya berserah dan melihat filem Abang Adik mempunyai potensi untuk dipilih sebagai pemenang.

"Bukan hanya kerana filem itu sudah berjaya memenangi berapa anugerah di luar negara, tetapi juga telah berjaya menarik perhatian penonton di Malaysia.

"Malah saya amat mengagumi hasil kerja pengarahnya, Jin Ong kerana dia bijak dan berpengetahuan luas. Saya harap dapat belajar dengannya suatu hari nanti," ujar Nik Amir yang ditemui sebaik berakhir FFM33 pada Sabtu lalu.

Nik Amir bersama barisan pelakon dan kru Imaginur.
Nik Amir bersama barisan pelakon dan kru Imaginur.

Mengulas kejayaan Imaginur, Nik Amir berkata, sejak awal lagi, dia dan Redza tidak pernah membayangkan filem itu akan dipilih sebagai Filem Terbaik, sementelah mereka sendiri mengolah 11 kali draf Imaginur.

Apa yang menjadi fokus mereka adalah untuk menghasilkan cerita yang menarik dan dikongsikan bersama penonton.

"Selepas sambutan yang diterima tahun lalu, saya dan Redza memang sudah terfikir untuk menghasilkan filem lain. Cuma buat masa ini kami masih fikirkan genre apa yang akan dipilih.

Artikel Berkaitan:

"Tentu sekali, kejayaan di FFM33 ini menyuntik semangat untuk terus hasilkan lebih filem dan kalau boleh, kami tidak mahu hasilkan filem bergenre sama," jelasnya yang pernah memenangi trofi sama pada FFM26.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!