'RUU Akta Gam Mulut Rakyat, Akta Sakit Hati' - Syed Saddiq

Syed Saddiq
Syed Saddiq
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman secara sinis mencadangkan supaya nama Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 ditukar kepada RUU Akta Gam Mulut Rakyat atau Akta Sakit Hati.

Beliau mendakwa, cadangan itu diberikan dengan melihat realiti sebenar akta tersebut ingin dipinda di bawah Kerajaan Perpaduan.

“Sambil mereka cuba berselindung di sebalik beberapa perkataan, realitinya tidak boleh ditutup. Mengapa saya katakan begini? Dulu orang yang sama berguling-guling di jalan raya, memanggil akta ini zalim dan regresif.

“Kini, bukan setakat mempertahankan akta tersebut tapi siap memperkukuhkan supaya rakyat boleh kena saman RM500,000, boleh kena jel dua tahun kerana menyakiti mereka. Merekalah golongan paling tersakiti.

“Dulu mereka ditindas melalui akta ini, kini yang ditindas dulu ingin menindas orang lain pula. Janji hanya tinggal janji,” katanya ketika membahaskan RUU Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Terdahulu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil membentangkan RUU Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 dibentang bagi bacaan kali kedua.

Menurut Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, pindaan itu bakal menawarkan reformasi kawal selia menyeluruh dan memberi jaminan keselamatan kepada pengguna internet di negara ini.

Selain itu, katanya, ia bertujuan melindungi data dan transaksi harian daripada pelbagai kemudaratan dalam talian, termasuk eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak.

Artikel Berkaitan:

Pindaan itu dalam masa sama turut memfokuskan kepada kes penipuan dalam talian, beliau berkata, ia masih berleluasa walaupun pelbagai usaha pencegahan dilaksanakan atas beberapa faktor utama.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!