Lelaki pukul kanak-kanak telah ditahan polis bersabit kes rogol

Tangkap layar video yang tular memaparkan seorang lelaki memukul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah rumah jagaan anak yatim swasta di Taman Mas, Kulai.
Tangkap layar video yang tular memaparkan seorang lelaki memukul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah rumah jagaan anak yatim swasta di Taman Mas, Kulai.
A
A
A

KULAI – Lelaki yang memukul seorang kanak-kanak perempuan dengan menggunakan rotan seperti dalam video yang tular di media sosial, telah ditahan polis pada 30 November lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, suspek ditahan bersabit kes rogol dan masih dalam tempoh reman sehingga 10 Disember 2024.

“Polis Daerah Kulai mengesahkan menerima satu laporan polis pada Ahad sekitar jam 10.29 malam mengenai kejadian pukul tersebut.

“Hasil siasatan awal mendapati, kejadian berlaku di sebuah rumah jagaan anak yatim swasta di Taman Mas di sini Oktober lalu melibatkan seorang kanak-kanak perempuan warga tempatan berusia 10 tahun.

“Mangsa didapati telah dipukul oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 59 tahun yang juga merupakan penjaga rumah anak yatim tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Seng Lee berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Katanya, jika disabitkan bersalah boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rogol remaja perempuan berusia 17 tahun di rumah jagaan anak yatim swasta di sini baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Mangsa dipercayai telah dirogol oleh suspek mulai 2020 hingga 2022 lalu ketika mangsa berusia 13 hingga 15 tahun ketika kejadian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!