Paras air Sungai Kelantan

A
A
A
KEADAAN semasa paras air Sungai Kelantan yang masih di bawah paras bahaya ketika tinjauan foto Bernama di Tangga Krai hari ini.

Amaran dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan 30 buah kampung yang terletak dalam radius lima kilometer berhampiran Sungai Galas, Sungai Pahi dan Sungai Lebir di sini akan dilanda banjir bermula Isnin sehingga Jumaat ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) juga turut mengeluarkan amaran hujan berterusan hujan berterusan (waspada) dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor sehingga Rabu (11 Disember).
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan