Rakyat Syria bersorak rejim Assad tumbang

Penduduk memegang bendera Syria di dataran Syntaqma di Athens bagi meraikan kejatuhan rejim Bashar al-Assad. - AFP
Penduduk memegang bendera Syria di dataran Syntaqma di Athens bagi meraikan kejatuhan rejim Bashar al-Assad. - AFP
A
A
A

DAMSYIK - Tindakan Presiden Bashar al-Assad yang melarikan diri ketika kumpulan pembebas Syria menyerbu Damsyik pada Ahad telah mencetuskan pesta besar-besaran di seluruh negara selepas kejatuhan pemerintah yang zalim.

Agensi berita Rusia berkata pada Ahad bahawa Assad dan keluarganya berada di Moscow bagi mendapatkan suaka politik.

Sejurus kejatuhan rejim itu, penduduk Syria mengunjungi rumah mewah pemimpin yang digulingkan selepas kumpulan pembebas mengisytiharkan Assad melarikan diri dan sekali gus menamatkan pemerintahan parti Baath yang kejam.

Kerajaan pimpinan Assad yang memerintah selama 53 tahun telah tumbang sepenuhnya pada Ahad selepas kumpulan pembebas Syria melancarkan serangan mengejut, iaitu 13 tahun selepas protes antikerajaan sehingga mencetuskan perang saudara sehingga mengorbankan ratusan ribu orang.

“Kemenangan ini saudara-saudaraku adalah paling bersejarah bagi rantau ini,” kata Abu Mohammed al-Jolani, pemimpin kumpulan Islam Hayat Tahrir al-Sham (HTS) yang menerajui kemaraan itu semasa ucapannya di Masjid Umayyah yang terkenal di Damsyik.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkata, Assad harus 'bertanggungjawab' tetapi menggelar pergolakan politik negara itu sebagai peluang bersejarah untuk rakyat Syria membina semula negara mereka.

"Kejatuhan rejim adalah tindakan keadilan," kata Biden dari Rumah Putih.

SYRIA MILIK KAMI

Artikel Berkaitan:

Pada Ahad, penduduk bersorak ketika pembebas Syria mengumumkan Assad yang melarikan diri dan mengisytiharkan negara itu bebas dari pemerintahan yang zalim.

Bunyi tembakan turut kedengaran di udara sambil diselang selikan teriakan 'Syria adalah milik kita dan bukan keluarga Assad'.

Wartawan AFP melihat puluhan lelaki, wanita dan kanak-kanak berkeliaran di rumah Assad yang mewah manakala semua perhiasannya dicabut.

Pembebas Syria memegang senjata di hadapan bangunan yang memamparkan potret basha al-Assad yang digulingkan di bandar Hama. Syria. - AFP
Pembebas Syria memegang senjata di hadapan bangunan yang memamparkan potret basha al-Assad yang digulingkan di bandar Hama. Syria. - AFP

“Saya tidak percaya saya hidup saat ini. Kami telah menunggu lama untuk hari ini," kata penduduk Damsyik, Amer Batha yang sebak memberitahu AFP melalui telefon.

Pembebas Syria di Telegram mengisytiharkan berakhirnya pemerintahan kejam rejim Assad yang menjangkau lebih 50 tahun dan 13 tahun jenayah kezaliman membunuh penduduknya sendiri.

Kementerian Luar Negara Rusia, penyokong utama Assad telah mengumumkan awal Ahad bahawa presiden itu telah meletak jawatan dan meninggalkan Syria.

Ketua Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), Rami Abdel Rahman, memberitahu AFP bahawa Assad telah meninggalkan Syria melalui lapangan terbang antarabangsa Damsyik sebelum pasukan keselamatan tentera meninggalkan kemudahan itu.

Selepas itu, sumber Kremlin memberitahu agensi berita Rusia bahawa Assad dan keluarganya telah tiba di Moscow di mana mereka telah diberikan suaka 'atas alasan kemanusiaan.'

PELUANG BERSEJARAH

Di seluruh negara, orang ramai merobohkan patung Hafez al-Assad, bapa Assad yang juga bekas Presiden Syria sebelum ini.

Komuniti Syria di Libya meraikan kemenangan selepas Presiden Bashar al-Assad lari ke luar negara, - AFP
Komuniti Syria di Libya meraikan kemenangan selepas Presiden Bashar al-Assad lari ke luar negara, - AFP

Semasa kemaraan pembebas Syria di bandar Damsyik, mereka berkata telah membebaskan tahanan dikurung di Sednaya, yang terkenal dengan penjara paling ditakuti semasa era pemerintahan Assad.

Penyiasat jenayah perang Pertubuhan Bangs-Bangsa Bersatu (PBB) turut menggesa mereka yang bertanggungjawab mentadbir Syria supaya memastikan kekejaman dilakukan di bawah pemerintahan Assad tidak berulang. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!