Warga asing tanpa lesen memandu ‘beraja’ di atas jalan raya Malaysia

Kerajaan perlu melihat bagaimana negara jiran, Thailand mengenakan peraturan ketat terhadap pemandu kenderaan warga asing.
Kerajaan perlu melihat bagaimana negara jiran, Thailand mengenakan peraturan ketat terhadap pemandu kenderaan warga asing.
A
A
A

BARU-baru ini, kereta baharu seorang rakan Merak Jalanan dilanggar dari belakang. Yang melanggarnya ialah sebuah kereta lama yang sudah berusia lebih 20 tahun. Remuk hatinya melihat kereta yang masih cantik itu sudah kemik.

Tapi yang lebih meremukkan hati ialah kerana pemandu kereta lama itu seorang warga asing yang tidak mempunyai lesen memandu.

Rakan Merak Jalanan ini bagaimanapun bernasib baik kerana seorang warga tempatan yang membenarkan warga asing tersebut memandu keretanya itu sedia menanggung kos pembaikan kira-kira RM5,000.

Sebelum ini, Merak Jalanan banyak dengar kes kenderaan dilanggar berpunca daripada pemandu kereta atau penunggang motosikal warga asing yang tidak memiliki lesen memandu. Tapi hampir semua diselesaikan secara ‘settle luar’.

Tapi ada juga mangsa yang keluar duit sendiri untuk membaiki kenderaan kerana malas berurusan dengan warga asing tersebut. Maklumlah, warga asing ini kebanyakannya bukan berduit sangat.

Cuma, Merak Jalanan tertanya-tanya, bagaimana warga asing yang tidak mempunyai lesen memandu berani melanggar peraturan membawa kenderaan di jalan raya negara kita. Adakah undang-undang negara kita longgar?

Merak Jalanan berpandangan, Kementerian Pengangkutan perlu meneliti perkara ini. Bukan sahaja supaya tidak membahayakan pengguna jalan raya lain, malah demi keadilan kepada mangsa.

Kerajaan perlu melihat bagaimana negara jiran, Thailand mengenakan peraturan ketat terhadap pemandu kenderaan warga asing. Misalnya, rakyat Malaysia yang terlibat kemalangan di negara tersebut bukan sahaja perlu membayar pampasan sehingga mencecah ribuan ringgit, malah mungkin terpaksa meringkuk di penjara.

Artikel Berkaitan:

Walaupun nampak ‘zalim’, tapi ia lebih baik bagi memastikan warga asing mengikut peraturan ditetapkan, dalam masa sama melindungi rakyat kita agar tidak menjadi mangsa kerenah warga asing.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!