Korea Selatan: Pendakwa raya mohon waran tangkap terhadap bekas Menteri Pertahanan

Kim Yong-hyun
Kim Yong-hyun
A
A
A

SEOUL - Pendakwa raya Korea Selatan pada Isnin memohon waran tangkap dikeluarkan terhadap bekas Menteri Pertahanan, Kim Yong-hyun susulan kontroversi pengisytiharan undang-undang tentera baru-baru ini, lapor Xinhua.

Pendakwa raya memohon waran tangkap itu atas tuduhan pemberontakan dan salah guna kuasa.

Menurut pendakwa raya, Yong-hyun disyaki bersubahat dengan Presiden Yoon Suk-yeol untuk mencetuskan kekacauan awam dan mensabotaj perlembagaan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!