Wang pencen arwah suami RM300,000 lesap

Seorang wanita kerugian RM300,000 apabila wang pencen arwah suaminya lesap akibat terpedaya dengan sindiket phone scam, November lalu. Gambar hiasan
Seorang wanita kerugian RM300,000 apabila wang pencen arwah suaminya lesap akibat terpedaya dengan sindiket phone scam, November lalu. Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU – Seorang wanita kerugian RM300,000 apabila wang pencen arwah suaminya lesap akibat terpedaya dengan sindiket phone scam, November lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak, mangsa yang berusia 49 tahun dihubungi seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis berpangkat Datuk dari cawangan risikan polis Bukit Aman.

Seng Lee
Seng Lee

Menurutnya, mangsa didakwa terlibat dalam kes penggubahan wang haram dan penyeludupan dadah.

"Suspek turut memaklumkan bahawa kad pengenalan wanita itu berada dalam simpanan salah seorang lelaki yang ditangkap polis dan mangsa diarahkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah kerana ada waran tangkap dikeluarkan atas namanya.

"Bagaimanapun suspek memberikan pilihan kepada mangsa jika ingin memudahkan urusan tersebut serta mahu membersihkan nama daripada sebarang kes dengan mengarahkannya membuat bayaran.

"Akibat percaya dengan kata-kata itu, mangsa melakukan enam kali transaksi pindahan ke satu akaun bank yang diberikan suspek dengan jumlah keseluruhan RM300,000 pada 21 hingga 26 November lalu. Mangsa juga diarahkan melaporkan setiap pergerakan dan lokasi kepada suspek," katanya.

Tambah Seng Lee, mangsa kemudiannya turut diarahkan untuk melupuskan semua slip transaksi pindahan wang dan memadam rekod perbualan dengan suspek.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, mangsa hanya menyedari telah ditipu apabila melihat video berkaitan sindiket penipuan yang dikongsikan salah seorang anaknya sebelum tampil membuat laporan polis.

Kes disiasat bawah Seksyen 420 kanun keseksaan kerana tipu.

Siasatan juga dibuat bawah Seksyen 424 kanun keseksaan meliputi 'keldai akaun' iaitu kesalahan berkaitan instrumen pembayaran atau akaun di institusi kewangan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!