Gua Musang dilanda banjir, 114 mangsa berpindah ke PPS
GUA MUSANG - Jajahan Gua Musang mulai dilanda banjir apabila 114 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pada jam 12.57 tengah hari Selasa.
Susulan itu Jalan Penempatan Chiku 7 dan Jalan Pulai-Kuala Tuang ditutup kepada semua kenderaan, manakala Jalan Felda Aring 5 pula ditutup kepada kenderaan ringan.
Pegawai APM Gua Musang, Leftenan Mohd Hanafi Mohd Bokri berkata, berpandukan situasi terkini paras air sungai naik dengan cepat.
"Penduduk dinasihatkan agar berpindah awal dan patuh pada arahan pihak berkuasa.
"Sila bawa barangan peribadi serta ubat-ubatan bersama," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!