Banjir: Ratusan haiwan ternakan mati, babit kerugian lebih RM100,000

Air Sungai Lubok Jong telah melimpah ke dalam kampung sehingga menenggelamkan semua rumah penduduk.
Air Sungai Lubok Jong telah melimpah ke dalam kampung sehingga menenggelamkan semua rumah penduduk.
A
A
A

PASIR MAS - Sebanyak 300 ekor lembu serta ratusan kambing, itik dan ayam mati akibat banjir gelombang pertama di tiga buah kampung di sini selepas gagal diselamatkan ekoran paras air yang naik terlalu cepat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Serogga, Norhisyam Mustafa berkata, pada 29 November lalu air dari Sungai Lubok Jong telah melimpah ke dalam kampung sehingga menenggelamkan semua rumah penduduk.

"Ketika ini tiada kawasan tinggi yang selamat untuk didiami oleh haiwan ternakan terutama lembu dan kambing.

"Ini menyebabkan haiwan terbabit gagal diselamatkan. Ada yang dihanyutkan banjir serta lemas," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Jambatan yang menjadi laluan utama ke Kampung Serongga turut ditenggelami banjir gelombang pertama baru-baru ini.
Jambatan yang menjadi laluan utama ke Kampung Serongga turut ditenggelami banjir gelombang pertama baru-baru ini.

Menurut beliau, bagaimanapun anggaran jumlah kerugian ialah lebih RM100,000 dan sehingga kini jumlah sebenar masih belum dimuktamadkan.

Ujarnya, ini baru gelombang pertama dimana penduduk kini berdebar menanti gelombang kedua serta ketiga pula.

Norhisyam memberitahu, banjir kali ini adalah yang terburuk selepas hampir empat tahun kampung tersebut dinaiki air ekoran projek pembinaan tebatan banjir yang sedang dijalankan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!