Warganet sokong Ustaz Adi Hidayat gantikan Gus Miftah
JAKARTA - Kebanyakan warganet mencadangkan Ustaz Adi Hidayat sebagai pengganti Miftah Maulana atau Gus Miftah untuk memegang jawatan Utusan Khusus Presiden.
Sehingga kini, ramai yang masih tertanya-tanya siapa sosok yang bakal menggantikan pendakwah kontroversi itu.
Nama Adi Hidayat terus menjadi sebutan pengguna media sosial sebagai pendakwah paling layak untuk menggalas tugas itu setelah beliau sendiri mengulas isu panas melibatkan Gus Miftah dan penjual teh asi, Sunhaji.
Menerusi acara Kajian di Masjid An-Nur Tanah Kusir, Kebayoran Lama, Jakarta Selatan pada Selasa, Adi Hidayat membahaskan soal keajaiban ALLAH SWT pada hambanya.
"ALLAH memberikan kemuliaan kepada hambanya termasuk Miftah Maulana dengan cara mengubah dirinya menjadi insan yang lebih baik selepas keterlanjuran dilakukan beliau terhadap Sunhaji.
“Kemudian diangkat lagi dengan cara apa iaitu diberikan pengajaran dengan cara yang lain, supaya dapat mengatur diri, berubah menjadi lebih baik lagi.
“Jadi, dua-duanya diberikan kebaikan dengan jalan yang berbeza," katanya.
Sementara itu, Ketua Harian Parti Gerindra, Sufmi Dasco Ahmad memberitahu, sesiapa sahaja boleh mengisi posisi Utusan Khas Presiden tidak kira orang baharu atau sebaliknya.
"Jawatan itu berbeza dengan sistem Kabinet Merah Putih. Jawatan itu boleh diisi atau tidak," ujarnya. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!