Trump atau Modi?

A
A
A

TIDAK lama dahulu, Amerika Syarikat (AS) mengecam tindakan Ketua Menteri Gujarat, Narendra Modi, malah menyekat Modi memasuki AS. Begitu juga dengan Donald Trump, tidak lama dahulu beliau muncul dalam rancangan realiti TV dengan membuat penampilan sebagai tetamu di dalam acara gusti profesional.

Namun, nasib kedua-dua orang ini telah berubah. Sekarang ini, Modi dan Trump telah menjadi ketua di negara masing-masing.

Trump dan Modi sering dilihat sebagai lambang kebangkitan semangat nasionalisme autokratik masa kini di negara demokrasi sekular. Kedua-duanya secara terbuka menindas golongan minoriti di negara mereka sendiri serta negara yang berdekatan. Dan kedua-duanya juga menguasai rangkaian media sosial, mengambil alih media komunikasi tradisional serta secara terus berinteraksi bersama penyokong dan pengkritik mereka melalui platform digital popular.

Pada masa yang sama, mereka telah memeriksa kecenderungan mereka sendiri terhadap pemerintahan autokratik, dan kedua-duanya tidak mempedulikan sebarang percubaan untuk menghalang penggunaan kuasa otoritet mereka.Trump berdepan dengan dakwaan untuk dipecat oleh Dewan Perwakilan pada Disember lepas, namun diselamatkan oleh Senat pada Januari 2020. Modi pula telah menerima tamparan hebat apabila kalah tiga pilihan raya negeri berturut-turut di Jharkhand, Maharashtra dan New Delhi.

Trump, yang terkenal dengan perangai tidak suka untuk berkunjung ke tempat yang tidak mempunyai peminatnya, merancang untuk melawat India pada 24 dan 25 Februari ini, dan Modi sudah tentu ingin menyambutnya seperti menatang minyak yang penuh, termasuk menandatangani pembelian helikopter bernilai RM10.76 bilion (AS$2.6 bilion), satu tawaran yang hebat, dan pada masa yang sama, memberi isyarat kepada China dan Pakistan mengenai penyusunan semula strategik baru di Selatan Asia.

Meskipun dua aktor autokrat ini mempunyai banyak persamaan, namun terdapat beberapa perbezaan antara dua pemimpin ini. Trump, walaupun tidak menyokong orang Islam, namun beliau memberikan peluang yang sama rata. Ia bukan ideologi, nampak lebih seperti pandai mengambil kesempatan, mengenai tindak balas Presiden AS ini terhadap musuh beliau, sama ada wujud atau hanya imaginasi beliau: iaitu rakyat Mexico, selebriti, pembangkang, dan yang paling utama, ‘Sosialis Radikal Kiri’.

IdeologiModi pula seorang yang hanya pakar dalam satu dimensi sahaja. Polisi beliau didorongi oleh ideologi untuk menyisih dan menindas golongan minoriti Muslim di India, yang sebelum ini tidak pernah berlaku, menjadi agenda utama beliau sebaik sahaja memegang tampuk pemerintahan. Yang membimbangkan, tiada usaha untuk mengatasi agenda ini.

Trump tanpa segan silu mempromosi dirinya sendiri, hanya menyokong agenda yang memberi manfaat kepada diri dan kroninya. Beliau juga tanpa ragu-ragu memomokkan orang Muslim, tetapi beliau lebih memberi fokus untuk mengubah demografi Amerika daripada mana-mana sistem yang ada.

Artikel Berkaitan:

Di India, 75 peratus rakyatnya merupakan orang Hindu, manakala Muslim, Sikh, serta Kristian merupakan orang asli India.

Sayap RSS BJP, yang bertanggungjawab menetapkan agenda polisi Modi, secara khususnya untuk menindas umat Islam, cuba untuk menyerupai etnik merentasi pelbagai diaspora, di mana hanya satu rujukan yang boleh diambil dalam sejarah-etnik Nazi Jerman yang menentang orang Yahudi mereka sendiri, satu usaha untuk membenarkan kekejaman dilakukan dengan buruk sekali kepada sesiapa yang terlibat.

Perbezaannya adalah jumlah orang yang terlibat; 10 juta orang Yahudi berbanding 200 juta umat Islam. Dunia mengutuk Holocaust yang terhasil daripada agenda Sosialis Nasional, adakah ia akan bertolak ansur dengan perkara ini?

*Dr Rais Hussin ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dan Pengerusi Biro Strategi dan Dasar parti

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!