Korea Selatan lantik peguam khas siasat Presiden

Ahli Parlimen Korea Selatan meluluskan rang undang-undang melantik peguam khas untuk menyiasat percubaan Presiden Yoon Suk Yeol mengenakan undang-undang tentera yang digagalkan Rabu lalu.
Ahli Parlimen Korea Selatan meluluskan rang undang-undang melantik peguam khas untuk menyiasat percubaan Presiden Yoon Suk Yeol mengenakan undang-undang tentera yang digagalkan Rabu lalu.
A
A
A

SEOUL - Ahli Parlimen Korea Selatan meluluskan rang undang-undang melantik peguam khas untuk menyiasat percubaan Presiden Yoon Suk Yeol mengenakan undang-undang tentera yang digagalkan Rabu lalu.

Usul yang diluluskan dalam undian 210 berbalas 63 itu bertujuan melantik peguam khas dengan mengaktifkan Akta Pelantikan Pendakwa Bebas.

Antara lain, ia akan menyiasat sama ada Suk Yeol melakukan pemberontakan dan salah guna kuasa berikutan pengisytiharan dekri yang bertahan hanya enam jam.

Parti Kuasa Rakyat (PPP), yang memerintah, mengumumkan sebelum mesyuarat pleno bahawa 108 Ahli Parlimennya akan mempunyai kebebasan untuk mengundi menyokong atau menentang usul tersebut.

Cadangan itu telah diluluskan oleh 18 Ahli Jawatankuasa Perundangan dan Kehakiman Dewan pada hari sebelumnya, dengan majoriti 11 Ahli Parlimen pembangkang dalam jawatankuasa itu mengundi untuk memajukan usul berkenaan ke mesyuarat pleno.

Kesemua tujuh Ahli Parlimen parti pemerintah dalam jawatankuasa tersebut bagaimanapun memilih memboikot undian yang diperkenalkan oleh pembangkang utama Parti Demokratik Korea (DP) itu.

Selain Suk Yeol, subjek penyiasatan peguam khas termasuk bekas Menteri Pertahanan, Kim Yong Hyun; Ketua Staf Tentera, Jeneral Park An Su; Perdana Menteri, Han Duck Soo; Komander Perisikan Balas, Yeo In Hyung dan wakil PPP, Choo Kyung Ho yang baru-baru ini melepaskan jawatannya sebagai ketua parti pemerintah.

Mereka dituduh sama ada secara langsung melakukan pemberontakan atau berpakat untuk melakukan tindakan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!