AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif

Kehidupan seharian rakyat Syria selepas kumpulan pembebasan yang menentang rejim Bashar al-Assad Syria, mengambil alih kawalan dengan kejatuhan 61 tahun pemerintahan Parti Baath di Damsyik, Syria. Foto Anadolu
Kehidupan seharian rakyat Syria selepas kumpulan pembebasan yang menentang rejim Bashar al-Assad Syria, mengambil alih kawalan dengan kejatuhan 61 tahun pemerintahan Parti Baath di Damsyik, Syria. Foto Anadolu
A
A
A

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) telah memulakan komunikasi dengan kumpulan pembebasan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) bagi menggesa mereka untuk menyokong pembentukan kerajaan peralihan yang inklusif selepas penggulingan Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Perbincangan yang dijalankan dengan kerjasama sekutu Asia Barat itu, menekankan bahawa HTS yang sebelum ini bersekutu dengan al-Qaeda, tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik, tetapi membenarkan proses yang mewakili kehendak rakyat Syria.

Pihak AS juga berkoordinasi dengan pasukan Presiden terpilih, Donald Trump, mengenai perkara ini.

Walaupun pemimpin HTS, Ahmed al-Sharaa, telah disenaraikan sebagai pengganas oleh AS pada 2013, pendirian semasa pentadbiran mengenai peranannya dalam masa depan Syria masih tidak jelas.

AS menekankan keperluan untuk kerajaan yang kredibel, inklusif, dan tidak bersifat sektarian, selaras dengan piawaian antarabangsa.

Beberapa penggubal undang-undang AS mencadangkan agar sekatan terhadap Syria ditarik balik untuk membantu dalam pembinaannya semula.

AS juga komited untuk meneruskan operasi ketenteraan di Syria bagi menentang Daesh dan mencegah kumpulan proksi yang disokong Iran daripada mendapatkan pengaruh. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!