Ibu maut, anak cedera langgar kereta terbabas

Keadaan kereta Totoya Cambry dan Perodua Myvi selepas terlibat kemalangan di Jalan Lintas, Kota Kinabalu pada Selasa.
Keadaan kereta Totoya Cambry dan Perodua Myvi selepas terlibat kemalangan di Jalan Lintas, Kota Kinabalu pada Selasa.
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang wanita maut manakala anaknya cedera selepas kenderaan yang dinaiki bertembung dengan sebuah kereta lain dalam kejadian di Jalan Lintas di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi, wanita berusia 46 tahun itu maut di lokasi kejadian manakala anak perempuannya berusia sembilan tahun cedera ringan.

Keadaan Perodua Myvi selepas terlibat kemalangan di Jalan Lintas, Kota Kinabalu pada Selasa.
Keadaan Perodua Myvi selepas terlibat kemalangan di Jalan Lintas, Kota Kinabalu pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, kemalangan melibatkan kenderaan jenis Toyota Camry dan Perodua Myvi.

"Siasatan lanjut mendapati, pemandu Perodua Myvi lelaki berusia 20-an yang datang dari arah Kobusak menuju ke Putatan.

"Sebaik tiba di lokasi, pemandu Myvi yang cuba untuk membuat pusingan U dengan secara tiba-tiba telah hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan di hadapannya dan melambung ke laluan bertentangan.

"Dalam masa yang sama Toyota Camry yang dipandu mangsa datang dari arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) menghala ke arah Lido dan menyebabkan telah berlaku perlanggaran," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Katanya lagi, hasil siasatan lanjut mendapati pemandu Perodua Myvi cuai ketika memandu sehingga menyebabkannya hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh Toyota Camry tersebut.

"Akibat kejadian itu juga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian.

"Siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, Noor Sherriyana Bohari berkata, seramai lapan anggota dikejar ke lokasi kejadian.

"Kemalangan melibatkan empat mangsa termasuk seorang kanak-kanak yang terselamat dikeluarkan oleh orang awam dan seorang mangsa yang maut dikeluarkan pasukan bomba," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!