Jambatan runtuh dibadai arus deras, sembilan kampung 'lumpuh'

Separuh daripada jambatan sepanjang 350 meter itu runtuh serta dihanyutkan arus deras sekitar jam 9 pagi pada hari kejadian.
Separuh daripada jambatan sepanjang 350 meter itu runtuh serta dihanyutkan arus deras sekitar jam 9 pagi pada hari kejadian.
A
A
A

PASIR MAS - Jambatan yang menghubungkan sembilan buah kampung di Rong Chenok di sini, runtuh selepas dihanyutkan arus deras banjir pada 29 November lalu.

Kemudahan yang digunakan lebih 500 penduduk dari Kampung Chandang, Joh, Pok Kelong, Rong Chenok, Banggol Kuching, Mahligai, Anak Machang, Hutan Petai, Jelor dan Sungai Keladi itu turut ditenggelami air sedalam 0.6 meter.

Kemudahan yang digunakan oleh lebih 500 penduduk dari Kampung Chandang, Joh, Pok Kelong, Rong Chenok, Banggol Kuching, Mahligai, Anak Machang, Hutan Petai, Jelor dan Sungai Keladi turut ditenggelami air sedalam 0.6 meter.
Kemudahan yang digunakan oleh lebih 500 penduduk dari Kampung Chandang, Joh, Pok Kelong, Rong Chenok, Banggol Kuching, Mahligai, Anak Machang, Hutan Petai, Jelor dan Sungai Keladi turut ditenggelami air sedalam 0.6 meter.

Imam Tua Masjid Mukim Rong Chenok, Nifah Kadir berkata, separuh daripada jambatan sepanjang 350 meter itu runtuh serta dihanyutkan arus deras sekitar jam 9 pagi pada hari kejadian.

Nifah Kadir
Nifah Kadir

"Ini merupakan laluan utama penduduk di sini terutama pelajar sekolah. Mereka melalui jambatan ini untuk ke sekolah agama, tahfiz, SK (Sekolah Kebangsaan) Bechah Kelubi dan Bukit Panau," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Menurut beliau, jambatan yang dibina sejak tahun 1988 itu juga merupakan laluan utama penduduk di sembilan buah kampung.

"Ssejak runtuhan itu berlaku penduduk perlu mengambil masa lebih satu jam untuk ke sesuatu lokasi berbanding sebelumnya hanya lima minit.

Artikel Berkaitan:

"Laluan tersebut juga digunakan untuk penduduk ke masjid berhampiran terutama menunaikan solat Jumaat," ujarnya.

Seorang guru, Mohd Zahir Johari berkata, laluan ini menjadi penghubung kepada empat perkara penting iaitu pendidikan, ekonomi, kesihatan dan pelancongan.

Mohd Zahir Johari
Mohd Zahir Johari

Ujar beliau, pendidikan itu merujuk kepada jambatan yang merupakan laluan pelajar untuk ke sekolah.

"Bila ia (jambatan) runtuh kegiatan ekonomi penduduk turut terjejas apabila ada dalam kalangan mereka tidak dapat keluar menoreh, ke kebun dan sebagainya. Bagi mereka yang berniaga, terpaksa gunakan laluan jauh dan mengambil masa sehingga satu jam.

"Begitu juga dengan kesihatan. Kebanyakan penduduk di sini mempunyai rekod di Klinik Kesihatan Sungai Keladi dan Chetok. Sektor pelancongan yang terjejas merujuk kepada Masjid Brunei yang merupakan salah satu tarikan orang luar berkunjung ke Kampung Rong Chenok," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chetok, Zuraidin Abdullah berkata, beliau bersama Ketua Jajahan Pasir Mas sudah melakukan lawatan di lokasi tersebut.

"Perkara ini sudah dipanjangkan ke NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) untuk tindakan lanjut. Jadi saya harap perkara ini dapat diberikan keutamaan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!