Polis tahan seorang lelaki, rampas air ketum bernilai RM12,000

Polis menahan seorang lelaki dan merampas 476.50 liter air ketum bernilai RM12,000 hasil serbuan di sekitar kawasan Ulu Tiram, di Johor Bahru, pada Selasa.
Polis menahan seorang lelaki dan merampas 476.50 liter air ketum bernilai RM12,000 hasil serbuan di sekitar kawasan Ulu Tiram, di Johor Bahru, pada Selasa.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis merampas 476.50 liter air ketum bernilai RM12,000 hasil serbuan di sekitar kawasan Ulu Tiram, di sini, pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak, dalam serbuan jam 10 malam itu, polis turut merampas peralatan yang disyaki digunakan untuk memasak ketum iaitu satu periuk, dua dapur gas dan dua tong gas.

Malah, polis turut menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 50 tahun bersama sejumlah air ketum dan hasil siasatan mendapati suspek memiliki satu rekod jenayah narkotik.

“Kegiatan pengedaran air ketum ini dipercayai mula aktif sejak pertengahan 2024 dengan modus operandi suspek mengedar air ketum di kawasan Kampung Sungai Tiram dan kawasan berdekatan.

“Justeru, sekitar jam 10 malam Selasa lalu, pasukan Polis Marin Wilayah 2 telah melancarkan satu operasi khas melibatkan satu serbuan di sekitar kawasan Ulu Tiram dan berjaya merampas 476.50 liter air ketum.

“Jumlah air ketum yang dirampas dalam operasi kali ini dianggarkan boleh digunakan oleh seramai 953 orang jika ia terlepas ke pasaran,” katanya.

Tambah Mohd Sohaimi, suspek lelaki berkenaan ditahan reman selama empat hari mulai Rabu sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan jika sabit kesalahan boleh didenda atau penjara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!