Bil elektrik cecah RM17,000, tiga beranak tinggal bergelap di rumah PPR
11 Disember 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
Bil elektrik cecah RM17,000, tiga beranak tinggal bergelap di rumah PPR
Siapa sangka di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bersepadu Senawang, Seremban, adanya tiga beranak yang terpaksa tinggal dalam keadaan kegelapan dan kepanasan sejak lebih setahun ini, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Ia selepas bekalan elektrik rumah Norazlina Bakri, 42 dipotong berikutan berlaku tunggakan bil mencecah RM17,000 dipercayai berpunca daripada kebocoran elektrik.
Dia mendakwa masalah itu berlaku selepas tiga bulan berpindah di situ apabila bil elektrik rumahnya secara tiba-tiba melambung sehingga RM700.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seremban #PPR #BilElektrik #TNB