Pengeluaran minyak sawit rendah, Hishammuddin bimbang nasib peneroka

Hishammuddin
Hishammuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Meskipun sudah hampir setahun Kertas Putih Felda diwujudkan, namun pengeluaran minyak sawit terus menyusut dengan kadar 33 peratus lebih rendah pada Januari tahun ini berbanding Januari tahun lalu.

Bagi tempoh sama, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, eksport produk minyak sawit turut merudum pada kadar 19 peratus lebih rendah.

Beliau yang juga bekas Menteri Pertahanan berkata, Pakatan Harapan (PH) sebelum ini memberi jaminan bahawa prestasi Felda akan baik menerusi pelan jangka pendek, sederhana dan panjang dalam Kertas Putih FELDA yang dibentang 10 April tahun lepas.

"Semalam Bank Negara Malaysia (BNM) sendiri umum pertumbuhan ekonomi negara bagi suku keempat 2019 paling lemah dalam tempoh 10 tahun.

"Sekalipun BNM kata salah satu faktornya kerana pengeluaran minyak sawit negara berkurang, kenapa ia berlaku?

"Dalam situasi ini, saya amat bimbangkan nasib peneroka. Ketika balik Sembrong minggu lepas, peneroka sendiri mengadu pendapatan mereka berkurang dan ini meresahkan mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hishammuddin berkata demikian ketika mengulas mengenai situasi semasa pertumbuhan ekonomi negara.

Menurutnya, PH sebelum ini bersungguh mahu merancakkan pertumbuhan ekonomi mampan dengan menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi pada setahun lepas.

Artikel Berkaitan:

"Hakikatnya, sejak PH memerintah, bukan setakat Felda, Kementerian Pertahanan dan ekonomi, tetapi kesemua perkara jadi caca marba dan terumbang-ambing," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!