Muka ditekup ketika tidur, gelang dan rantai emas dipakai warga emas disamun

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KLUANG – Seorang warga emas berdepan detik cemas apabila disamun seorang lelaki bertopeng ketika sedang tidur di rumahnya di Taman Intan, di sini, Jumaat lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 3 pagi ketika wanita warga emas berkenaan tinggal bersendirian di rumah teres dua tingkat berkenaan.

“Mangsa tersedar dari tidur dan terlihat seorang lelaki bertopeng datang ke arahnya sambil memintanya untuk diam dan tidak menjerit dengan menunjukkan isyarat tangan.

“Suspek yang tidak bersenjata tetapi kemudiannya telah menekup mulut mangsa dengan tangan sambil mengambil dua utas gelang emas dan seutas rantai emas yang dipakai oleh mangsa ketika kejadian.

“Suspek turut mengambil beg tangan warga emas berkenaan yang diletakkan di bawah katil di ruang tamu rumah tersebut dan mengambil barang-barang di dalam beg seperti wang tunai dianggarkan RM200 selain empat bentuk cincin emas jenis 916 dan lima bentuk cincin batu jenis tak pasti,” katanya.

Tambah mangsa, suspek tidak menggunakan sebarang senjata, namun memakai sarung tangan ketika melakukan samun berkenaan.

"Suspek memiliki saiz fizikal yang kurus dengan ketinggian sekitar 155cm.

"Kerugian dianggarkan RM10,130 dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!