Buaya tembaga 200kg sesat dalam longkang
ALOR GAJAH - Orang ramai gempar apabila menemui seekor buaya tembaga yang tersesat di dalam longkang di Pejabat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Jeti Kuala Linggi, di sini, pada Rabu.
Pengarah Perhilitan Melaka, Petra Sulai berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, pihaknya menerima aduan reptilia itu dipercayai datang dari arah Sungai Linggi sebelum terperangkap di longkang tersebut.
Pengarah Perhilitan Melaka, Petra Sulai berkata, kakitangan jabatan berkenaan bergegas ke lokasi kejadian dan operasi menangkap buaya jantan itu turut dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Masjid Tanah.
"Buaya seberat 200 kilogram dan sepanjang 330 sentimeter itu berjaya ditangkap.
"Hasil pemeriksaan awal reptilia itu dalam keadaan stabil dan kita akan melakukan pemeriksaan kesihatan lanjut bagi memastikan haiwan itu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada pemberita di sini, pada Rabu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!