Wajibkan semua penjawat awam ikuti program pemantapan integriti

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang lagi suspek bergelar Datuk kerana disyaki terlibat rasuah sebagai balasan mendapatkan projek pembinaan di Sarawak bernilai RM250 juta.

A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan perlu mewajibkan semua penjawat awam di negara ini mengikuti program pemantapan integriti yang dijalankan secara berterusan bagi memastikan tiada penyalahgunaan kuasa dalam pelaksanaan tugas.

Pengerusi Gerakan Belia 4B(M) Pulau Pinang (GB4B), Mohamad Nazri Abdul Latiff berkata, perkara itu perlu dilaksanakan dalam usaha meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti dalam sektor tersebut.

Menurutnya, program pemantapan integriti berkenaan wajar melibatkan latihan dan kursus yang memberi penekanan kepada etika kerja, tanggungjawab sosial dan peranan penjawat awam dalam menjaga kepentingan rakyat.

"Selain itu, satu mekanisme pemantauan yang lebih ketat juga akan dilaksanakan untuk memastikan setiap individu mematuhi standard integriti yang telah ditetapkan.

"Pemantauan berterusan adalah langkah penting dalam mengelakkan sebarang penyalahgunaan kuasa dalam kalangan penjawat awam. Kerajaan komited untuk membentuk sektor awam yang lebih cekap, telus, dan bebas daripada rasuah," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang lagi suspek bergelar Datuk kerana disyaki terlibat rasuah sebagai balasan mendapatkan projek pembinaan di Sarawak bernilai RM250 juta.

Menurut sumber, suspek merupakan rakan kongsi kepada pengarah syarikat yang sebelum ini ditahan SPRM pada Khamis lalu.

Kata sumber, suspek berpakat dan berkomplot bagi membolehkan beberapa syarikat mendapat projek-projek pembinaan dikeluarkan pejabat Jabatan Kerja Raya di sebuah daerah di Sarawak.

Artikel Berkaitan:

Tambah Mohamad Nazri, program pemantapan berkenaan patut melibatkan kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan seperti SPRM untuk memastikan pelaksanaannya berjalan lancar dan berkesan.

Dengan pelaksanaan inisiatif tersebut, ia dapat membina kepercayaan rakyat terhadap sistem pentadbiran negara, sekali gus memastikan penjawat awam sentiasa berpegang kepada prinsip integriti yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!