AS, Israel terus 'perkukuh kedudukan' di Syria

Al-Bashir mempengerusikan mesyuarat Kabinet baharu di Damsyik pada Selasa. - Foto Agensi
Al-Bashir mempengerusikan mesyuarat Kabinet baharu di Damsyik pada Selasa. - Foto Agensi
A
A
A

DAMSYIK - “Tentera Amerika Syarikat (AS) akan terus berada di Syria selepas kejatuhan Presiden Bashar al-Assad sebagai sebahagian daripada misi antikeganasan di negara itu.

”Pengumuman itu dibuat Timbalan Penasihat Keselamatan Rumah Putih, Jon Finer selepas Washington memberi alasan itu bertujuan untuk menghapuskan saki-baki Daesh.

“Pasukan tentera AS kekal di sana atas sebab spesifik dan penting, Ia bukan alat tawar-menawar. Kami telah berada di Damsyik selama lebih sedekad untuk memerangi Daesh. Kami masih komited dengan misi itu,” ujarnya.

AS juga melihat kehadiran tentera mereka kononnya untuk melindungi kestabilan di Syria yang kini berada di bawah kepimpinan puak pemberontak.

Washington masih menyenaraikan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) sebagai 'pertubuhan pengganas' walaupun pakatan pimpinan kumpulan itu berjaya menggulingkan legasi Assad selama 50 tahun.

“Tiada perubahan rasmi dalam mana-mana dasar,” katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Israel yang merupakan sekutu kuat AS telah mengarahkan tentera mereka untuk menubuhkan 'zon bebas senjata' di selatan Syria selepas kawasan itu dicerobohi pada akhir minggu lalu.

“Ia juga adalah zon untuk mengekang ancaman pengganas,” kata Menteri Pertahanan, Israel Katz.

Artikel Berkaitan:

Ketika AS dan Israel semakin mengukuhkan 'cengkaman' mereka di Syria, puak pemberontak melantik Mohammed al-Bashir sebagai Perdana Menteri sementara kerajaan peralihan sehingga 1 Mac 2025.

Al-Bashir yang pernah menjadi Ketua Pentadbiran Kerajaan Penyelamat di wilayah Idlib pada 2017 turut berharap kestabilan dan keamanan akan kembali di negara berkenaan. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!