TNB segera kunjungi tiga beranak tinggal bergelap di PPR

Pengurus Besar TNB Negeri Sembilan, Mahamad Farizan Mahamad (duduk, dua dari kiri) dan Ketua Bahagian Peruncitan TNB Negeri Sembilan, Abd Manan Abd Rahman (duduk, kanan) berkunjung ke rumah Norazlina bagi mengenal pasti permasalahan yang berlaku sehingga mereka tinggal dalam gelap.
Pengurus Besar TNB Negeri Sembilan, Mahamad Farizan Mahamad (duduk, dua dari kiri) dan Ketua Bahagian Peruncitan TNB Negeri Sembilan, Abd Manan Abd Rahman (duduk, kanan) berkunjung ke rumah Norazlina bagi mengenal pasti permasalahan yang berlaku sehingga mereka tinggal dalam gelap.
A
A
A

SEREMBAN - Tenaga Nasional Berhad(TNB) segera turun padang melawat tiga beranak di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bersepadu Senawang di sini, yang tinggal dalam kegelapan dan kepanasan sejak lebih setahun lalu.

Kehadiran TNB pada jam 2.30 petang pada Rabu bukan sekadar mahu mengenal pasti permasalahan yang berlaku tetapi turut menyampaikan sumbangan.

Penaung Persatuan Cakna Rasa Sayang, Zulkifli Muhamed menzahirkan penghargaan kepada pihak TNB yang nyata prihatin dengan isu berlaku.

Menurutnya, pihaknya telah mencapai kesepakatan penyelesaian dengan pihak TNB yang mana kedua-dua pihak bersetuju meletakkan matlamat kesejahteraan keluarga berkenaan sebagai keutamaan.

"Dalam hal ini bagi saya tak perlu kita salahkan sesiapa kerana objektif paparan ini adalah membantu keluarga ini untuk dapat semula bekalan elektrik.

"Terima kasih atas tindakan pantas TNB yang nyata cakna dengan isu berlaku dan kita berharap keluarga ini tidak lagi hidup bergelap," katanya yang turut hadir dalam kunjungan itu.

Sementara itu, TNB dalam kenyataannya berkata, pihaknya mengambil maklum laporan media berhubung isu berlaku.

Laporan Sinar Harian berkaitan tiga beranak tinggal bergelap di PPR.
Laporan Sinar Harian berkaitan tiga beranak tinggal bergelap di PPR.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, pihaknya memahami kebimbangan orang ramai dan bersimpati dengan situasi yang dihadapi keluarga tersebut.

"Sebagai langkah penyelesaian, TNB telah menghubungi nombor yang tertera di dalam laporan media tersebut dan telah bertemu dengan pelanggan berkenaan.

"Melalui perbincangan tersebut, TNB telah menawarkan cadangan penyelesaian bagi membantu meringankan beban kewangan keluarga tersebut," katanya.

Sehubungan itu katanya, pengguna TNB yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bil atau akaun, boleh menghubungi TNB melalui penghantaran mesej peribadi di Facebook TNB Careline Direct Message (DM) ke X @Tenaga_Nasional atau e-mel kepada tnbcareline@tnb.com.my atau talian 1300885454.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, bekalan elektrik rumah Norazlina Bakri, 42, dipotong berikutan berlaku tunggakan bil mencecah RM17,000 dipercayai berpunca daripada kebocoran elektrik.

Dia mendakwa masalah itu berlaku selepas tiga bulan berpindah di situ apabila bil elektrik rumahnya secara tiba-tiba melambung sehingga RM700.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!