Gara-gara diejek kulit hitam, wanita dibunuh rakan sekerja

Polis menemui mayat mangsa yang dibuang di kawasan semak. Foto Agensi
Polis menemui mayat mangsa yang dibuang di kawasan semak. Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA - Seorang lelaki hilang pertimbangan apabila tergamak membunuh rakan sekerjanya selepas mangsa mengejeknya berkulit hitam.

Suspek dikenali INI, 27, membunuh, Ita Kartika, 22, pada Isnin lalu yang dipercayai berlaku di Desa Gaga, Kecamatan Pakuhaji, Kabupaten Tangerang.

Ketua Polis Metro Tangerang Kota, Kombes Pol Zain Dwi Nugroho yang mengesahkan kejadian itu menjelaskan bahawa motif pembunuhan berlaku kerana suspek sakit hati dengan kata-kata hinaan daripada mangsa.

"Pelaku terasa dengan hinaan berkulit hitam yang dilontarkan mangsa kepadanya," kata Zain kepada wartawan pada Jumaat lalu.

Media melaporkan, sebelum kejadian Ita dan INI pulang kerja bersama-sama dengan motosikal mangsa.

Ketika berhenti mengisi petrol, mereka berdua bergaduh selepas Ita menyebut bahawa INI seorang yang berkulit hitam, tidak pernah merapikan rambut dan tidak akan menerima lelaki sebegitu sebagai kekasihnya.

"Suspek kemudiannya mengajak mangsa ke sebuah lokasi di Cisadane, Desa Gaga, kononnya untuk tujuan bergambar.

"Tiba dilokasi, suspek kemudiannya menyerang mangsa dari belakang dengan memukul kepalanya dengan tangan, mangsa sempat melawan bagaimanapun suspek berjaya menutup mulut mangsa sehingga meninggal dunia," kata Zain.

Artikel Berkaitan:

Mayat mangsa kemudiannya dibuang di kawasan semak berhampiran.

Suspek kini berjaya diberkas, dia berhadapan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau penjara maksimum 20 tahun. -Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!