Hospital biasanya lepaskan jenazah kepada waris walau ada tunggakan

Jenazah seorang bayi lelaki dibekukan dalam peti sejuk mayat selama kira-kira dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang dipercayai selepas bapanya tidak mempunyai wang untuk membayar bil.
Jenazah seorang bayi lelaki dibekukan dalam peti sejuk mayat selama kira-kira dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang dipercayai selepas bapanya tidak mempunyai wang untuk membayar bil.
A
A
A

PUTRAJAYA - Hospital sama ada swasta mahupun kerajaan akan melepaskan jenazah kepada waris bagi urusan pengebumian meskipun mempunyai tunggakan bayaran.

Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Datuk Dr Kuljit Singh berkata, ia merupakan prosedur yang menjadi kelaziman selama ini.

“Secara lazimnya apabila ada kes, kita akan lepaskan jenazah kepada waris dengan segera bagi urusan pengebumian mengikut agama masing-masing.

“(Prosedur) Hospital kerajaan atau swasta sama, yang mana kita tidak akan simpan jenazah kecuali bagi kes-kes jenayah, mayat akan diserahkan kepada pihak polis,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Menurut Dr Kuljit, tunggakan bil berkenaan boleh dituntut dalam pelbagai cara termasuklah menerusi perundangan.

“Untuk tunggakan ada cara lain,” ujarnya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai prosedur hospital dalam pengendalian jenazah bagi yang mempunyai tunggakan bil.

Menyentuh mengenai kejadian tular yang mendakwa jenazah bayi baru dilahirkan pada 24 November lalu disimpan di peti mayat sehingga 16 hari selepas ibu bapanya mempunyai tunggakan bil, Dr Kuljit enggan mengulas lanjut.

Artikel Berkaitan:

“Berhubung kes ini, hospital berkenaan bukan di bawah APHM, jadi kami tidak mempunyai maklumat lanjut. Saya tidak mahu komen,” katanya sambil menambah sebanyak 157 hospital swasta seluruh negara bernaung di bawah APHM.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!