[VIDEO] 'Saya sentiasa berdoa supaya kekal bebas 40 kes rasuah VLN' - Ahmad Zahid
PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sentiasa memanjatkan doa supaya kekal dibebaskan atas 40 pertuduhan menerima rasuah daripada Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).
Ahmad Zahid, 71, turut mengucapkan ‘Alhamdulillah’ kerana Jabatan Peguam Negara (AGC) menarik balik rayuan yang telah dimukakan oleh pihak pendakwaan.
"Saya sentiasa berdoa dan tidak pernah putus-putus untuk memohon kepada ALLAH," katanya ketika sidang akhbar, selepas prosiding selesai.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga mengucapkan terima kasih kepada barisan peguamnya yang bertungkus lumus menyediakan representasi untuk membersihkan namanya di mahkamah.
Sementara itu, peguam, Datuk Hisyam Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid berkata, pasukan pembelaan juga turut bersyukur dengan keputusan yang diputuskan mahkamah ini.
"Hari ini ditetapkan untuk pendengaran rayuan dan kami sudah bersedia untuk berhujah.
“Keputusan hari ini, lepas dan bebas merupakan kejutan yang baik," katanya yang turut hadir bersama peguam, Datuk Ahmad Zaidi Zainal.
Pada Khamis, Ahmad Zahid kekal dilepaskan dan dibebaskan (DNA) oleh Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis, atas 40 pertuduhan tersebut.
Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Yusaini Amer Abdul Karim memberitahu bahawa, Jabatan Peguam Negara (AGC) menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
“Setelah pendakwaan menarik balik rayuan-rayuan terhadap responden, dengan ini mahkamah membatalkan semua rayuan,” katanya yang bersidang bersama Hakim-hakim, Datuk Azman Abdullah dan Dauk Azmi Ariffin.
Pada Khamis, Ahmad Zahid kekal dilepaskan dan dibebaskan atas kes itu di Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis.
Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali membatalkan semua rayuan, selepas pihak pendakwaan memberitahu, mahu menarik balik permohonan itu, berdasarkan dua representasi yang dihantar pada 26 Januari 2023 dan 7 Februari lalu.
“Setelah pendakwaan menarik balik rayuan-rayuan terhadap responden, dengan ini mahkamah membatalkan semua rayuan,” katanya yang bersidang bersama Hakim-hakim, Datuk Azman Abdullah dan Dauk Azmi Ariffin.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!