Pesawah diminta daftar STTP untuk dapatkan pampasan - Mohamad Sabu
12 Disember 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
Pesawah diminta daftar STTP untuk dapatkan pampasan - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menyarankan semua golongan pesawah di seluruh negara untuk berdaftar dengan Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) yang diperkenalkan oleh AgroBank dengan sokongan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Jelas beliau, ini bagi membolehkan pesawah menerima perlindungan, terutama bagi risiko kerugian akibat bencana alam seperti banjir, dengan pampasan bernilai RM3,000 akan diberikan sekiranya mereka terjejas akibat kejadian itu.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat #Parlimen #Pesawah #STTP #MohamadSabu