Ahmad Samsuri enggan ulas isu letak jawatan Bendahari Agung PN
KUANTAN - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar enggan mengulas mengenai peletakan jawatan secara mengejut sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional (PN) seperti yang diumumkan pada Rabu.
Menurutnya, satu kenyataan berkaitan perkara itu akan dikeluarkan pada masa yang sesuai nanti.
“Saya tahu topik apa yang anda semua nak tanya. Buat masa ini saya tidak mahu keluarkan apa-apa kenyataan, tunggu masa yang sesuai nanti,” katanya ringkas.
Ahmad Samsuri ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Paip Agihan Air Dari Kemaman Terengganu ke Gebeng, Pahang di Gebeng pada Khamis.
Ahmad Samsuri nergegas beredar meninggalkan majlis untuk ke Kuala Lumpur bagi menghadiri sidang Parlimen.
Semalam, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, mengesahkan Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas telah mengemukakan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN namun enggan mengulas lanjut perkara itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!