Program Tebarkan Kebaikan Khaira PPZ-MAIWP santuni banduan akhir

Seramai 75 orang banduan akhir disatuni dalam Program Tebarkan Kebaikan Bersama Khaira PPZ pada Selasa lalu.
Seramai 75 orang banduan akhir disatuni dalam Program Tebarkan Kebaikan Bersama Khaira PPZ pada Selasa lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR -Khaira Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menganjurkan Program Tebarkan Kebaikan Bersama Khaira PPZ bagi menyantuni banduan akhir dan kakitangan Penjara Kajang, Selasa lalu.

Program yang merupakan inisiatif PPZ-MAIWP dalam mendekatkan jenama Khaira PPZ sebagai aktiviti tanggungjawab sosial korporat itu bagi membantu meningkatkan motivasi diri dan rohaniah banduan akhir.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff berkata, penganjurannya yang turut diisi dengan ceramah bertajuk ‘Masih Ada Yang Sayang’ sekali gus memberi hebahan zakat kepada pegawai di Penjara kajang.

“Menerusi program ini, kakitangan PPZ-MAIWP berpeluang untuk berkongsi pengalaman dan nasihat bersama penghuni di Penjara Kajang.

“Kami telah menyantuni 75 orang banduan akhir dengan berkongsi pengalaman dan memberi sokongan supaya mereka terus bersangka baik dan reda dengan takdir ALLAH,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Penguasa Penjara Kajang, Shollehin Dahari berkata, program pemulihan seperti program kerohanian dan sebagainya turut dilaksana untuk banduan di penjara tersebut.

“Pihak kami menyambut baik program-program kerohanian seperti ini bagi membantu meningkatkan motivasi dalam kalangan banduan khususnya banduan akhir,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Antara pengisian program yang dijalankan bersama banduan akhir Penjara Kajang pada Selasa lalu.
Antara pengisian program yang dijalankan bersama banduan akhir Penjara Kajang pada Selasa lalu.

Dalam pada itu, menerusi sesi pengkongsian dalam program sama, banduan akhir berpesan kepada masyarakat supaya tidak melakukan kesilapan seperti dilakukan mereka.

Mereka turut gembira berkongsi pengalaman dan menyambut baik kehadiran PPZ-MAIWP untuk berkongsi ilmu agama.

Pelbagai soalan berkaitan hukum agama ditanyakan kepada kakitangan PPZ-MAIWP bagi memantapkan lagi keimanan dalam diri mereka.

Pada akhir program tersebut, Khaira PPZ turut menyumbangkan wang tunai sebanyak RM3,000 kepada Penjara Kajang bagi membantu menambahkan aktiviti pembangunan banduan di Penjara Kajang.

KAPSYEN:

Antara pengisian program yang dijalankan bersama banduan akhir Penjara Kajang pada Selasa lalu.

Seramai 75 orang banduan akhir disatuni dalam Program Tebarkan Kebaikan Bersama Khaira PPZ pada Selasa lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!